Alat kesan asap rokok dalam tandas - Utusan Malaysia

Alat kesan asap rokok dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 26 Jan. – Pemasangan alat pengesan asap di tandas awam milik pihak berkuasa tempatan (PBT) mungkin antara me­kanisme yang boleh diguna­kan untuk mengatasi tabiat pero­kok yang gemar merokok di dalam tandas.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, kementeriannya akan melakukan kajian terpe­rinci bagi mengenal pasti mekanisme yang sesuai untuk mengatasi masalah itu.

“Mungkin boleh pasang alat pengesan asap sebab di dalam tandas tidak boleh pasang CCTV (kamera litar tertutup) tetapi kita perlu lakukan kajian daripada sudut ekonomi mengenai keberkesanannya.

“Untuk melak­sanakannya (penge­san asap) mungkin memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa kerana perlu menaik taraf banyak tandas dengan pengesan asap,” kata­nya kepada pemberita selepas me­rasmikan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 dan melancarkan aplikasi berkenaan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tandas menjadi tumpuan perokok selepas lara­ngan merokok diperkenalkan di premis makanan mulai awal tahun ini.

Selain itu, katanya, mungkin kempen kesedaran boleh dilakukan bagi mengurangkan perokok yang menjadikan tandas sebagai lokasi untuk mereka merokok.

“Kita akan mengkaji dan berkemungkinan akan be­ker­jasama dengan Kemente­rian Kesihatan dan tabiat merokok ini akan mengambil masa untuk dibanteras kera­na ia sudah menjadi kebiasa­an,” kata­nya.– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×