Aktor Singapura maut dihempap laras meriam - Utusan Malaysia

Aktor Singapura maut dihempap laras meriam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 24 Jan. – Aktor terkenal Singapura, Aloysius Pang yang meninggal dunia dalam kemalangan latihan tentera di New Zealand semalam, dihempap antara laras meriam Howitzer dan kabinnya selepas tidak sempat mengelak apabila laras itu diturunkan.

Perkara itu dinyatakan oleh Panglima Tentera, Mejar Jenaral Goh Si Hou dalam sidang akhbar khas di sini.

Pang, 28, dilaporkan me­ninggal dunia pada pukul 8.45 malam waktu tempatan di Hospital Waikato di Hamilton ketika menerima rawatan.

Pada 19 Januari lalu, Pang ditugaskan membaiki kerosakan pada laras meriam Howit­zer (SSPH).

“Semasa berada dalam kabin Howitzer tersebut, laras senjata diturunkan ke posisi sedia.

“Menurut dapatan awal, Pang tidak dapat mengundur diri sedang laras meriam itu diturunkan. Dia tersepit antara pangkal laras meriam dan bahagian dalam SSPH dan akibatnya cedera tertindih,” kata Si Hou.

Menurutnya, apabila laras meriam diturunkan, ruang di dalam kabin Howitzer berkurangan, namun ‘selalu­nya mencukupi untuk pengendali artileri dan petugas untuk beroperasi.

“Apa yang kami dapati adalah malangnya, dia tidak dapat mengelak sedang laras itu diturunkan,” jelasnya.

Pang mula berlakon pada usia sembilan tahun dan pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Artis Baharu Terbaik 2015.

Mediacorp dalam satu ke­nyataan menyifatkan kematian pelakon tersebut sebagai satu kehilangan besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×