KUANTAN – Perasaan sayu bercampur bangga jelas terpamer di wajah rakyat jelata yang mengiringi keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar ke ibu negara hari ini. Pasangan diraja itu berangkat meninggalkan negeri itu untuk menggalas tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong susulan pemilihan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja…









