KUALA LUMPUR – Sultan dan Raja-Raja Melayu berangkat ke Istana Negara hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Mesyuarat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 10.55 pagi itu dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan yang diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr.…










