KUALA LUMPUR – Tiupan nafiri 14 anggota pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat mengiringi keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Parlimen hari ini untuk istiadat sambutan rasmi selaku ketua negara baharu. Keberangkatan tiba Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar disambut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Seri…










