ACG perkenal LPG komposit - Utusan Malaysia

ACG perkenal LPG komposit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Astana City Group Sdn. Bhd. (ACG) memperkenalkan produk silinder gas petroleum cecair (LPG) komposit, ACGAS hasil kerjasama strategik dengan syarikat dari Korea Selatan, Hyundai BS&E Co. Ltd.

Pengarah Urusan ACG, Nik Mohd. Fareez Nik Ahmad Azman berkata, produk baharu itu akan memberikan lebih pilihan kepada rakyat untuk jenis silinder LPG yang ingin digunakan.

Katanya, ACG merupakan operator ketujuh yang akan terlibat dalam pemasaran LPG ke  Malaysia dan syarikat tersebut telah diberikan subsidi pengendalian LPG oleh Kementerian Kewangan pada November 2018.

“Bagi mencapai akses pasaran tempatan dan global, majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM1.2 bilion untuk tempoh lima tahun telah diadakan,” katanya pada majlis pelancaran ACGAS di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN