KUALA TERENGGANU 26 Jan. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berpuas hati dengan hubungan serta kerjasama positif yang terjalin antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN) terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands ketika ini. Malah, Abdul Hadi yakin keputusan pilihan raya kecil itu akan dijadikan kayu pengukur kepada kerjasama Pas dengan BN sebagai persediaan pembangkang menghadapi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih…










