Abdul Azeez hadir beri keterangan di SPRM - Utusan Malaysia

Abdul Azeez hadir beri keterangan di SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini kira-kira pukul 2.55 petang tadi untuk memberi keterangan dan membantu siasatan.

Beliau tiba dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna merah namun, tujuan kehadirannya di SPRM setakat ini masih belum dapat dipastikan.

Selain itu, SPRM juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) pernah ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek melibatkan TH September lalu.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×