Abd. Aziz kembali menerajui Utusan - Utusan Malaysia

Abd. Aziz kembali menerajui Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir kembali menerajui Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) sebagai Pengerusi berkuat kuasa 31 Januari.

Abd. Aziz, 56, sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif kumpulan pada 7 Jun 2018 bagaimanapun telah  meletakkan jawatan berkuat kuasa 13 Disember tahun lalu.

Menurut UMMB, beliau merupakan bekas Pengerusi Eksekutif Kretam Holdings Bhd. dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd. serta ahli Lembaga Pengarah Destini Berhad dari tahun 2010 hingga 2015.

Kemasukan semula Abd. Aziz ke UMMB bagi memastikan program penstrukturan semula kumpulan syarikat ini berada pada landasan yang betul terutama dalam mengembalikan kedudukan UMMB sebagai syarikat media yang dihormati di negara ini.

Ia juga termasuk memastikan Cadangan Skim Penstrukturan Semula Hutang kepada Jawatankuasa Penstrukturan Hutang Korporat (CDRC), Bank Negara berjalan lancar selain program pemberhentian pekerja secara sukarela (VSS) yang membabitkan kira-kira 800 kakitangan UMMB tidak terjejas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN