Aaron-Wooi Yik ke suku akhir Malaysia Masters - Utusan Malaysia

Aaron-Wooi Yik ke suku akhir Malaysia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik beraksi cemerlang dengan menyingkirkan juara bertahan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk mara ke suku akhir Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters, hari ini.

Aksi di Axiata Arena, hari ini mereka menang 26-24, 21-15 ke atas pilihan kelima itu untuk bertemu pilihan keempat dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang menundukkan pasangan bebas negara, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen 21-13, 21-14.

Pertemuan esok merupakan yang kedua buat gandingan muda negara itu selepas kali terakhir menundukkan juara Eropah itu di pusingan ketiga Kejohanan Dunia tahun lalu.
Wooi Yik yakin mereka memiliki peluang untuk menang sekali lagi ke atas gandingan Denmark itu bagi melangkah ke separuh akhir kejohanan kali ini.

“Sebelum ini kami pernah menang ke atas mereka, jadi esok peluang itu tetap ada untuk kami.

“Tambahan kami bermain di depan penyokong sendiri, jadi ada kelebihan buat kami,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×