75 peniaga warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu - Utusan Malaysia

75 peniaga warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Seramai 75 orang warga asing tanpa permit ditahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam satu Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Perniagaan dan Warga Asing Tanpa Izin baru- baru ini yang melibatkan tiga lokasi berasingan di kawasan pentadbirannya.

PEGAWAI MPSJ menyita sebuah premis yang didapati melanggar peraturan ditetapkan ketika mengadakan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Perniagaan dan Warga Asing Tanpa Izin di sekitar kawasan pentadbirannya.

Operasi yang bermula pada pukul 5 pagi hingga 4 petang itu turut menyasarkan premis makanan di sekitar kawasan pasar awam MPSJ, Taman Puchong Utama dan Bandar Sunway.





Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, hasil operasi berkenaan sebanyak lapan premis disita, lima ditutup serta dua peniaga dikenakan kompaun.

Menurutnya, tindakan itu diambil di bawah Undang-Undang Kecil 3, Pusat Siber dan Siber Kafe MPSJ.

“Operasi kali ini melibatkan kira-kira 30 kakitangan Jabatan Pelesenan MPSJ bersama 14 pegawai Jabatan Imigresen Negeri Selangor.

“Sehubungan itu, MPSJ menyeru kepada semua peniaga untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menggelakkan tindakan penguatkuasaan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×