63,132 wanita berdaftar dengan i-Suri - Dr. Wan Azizah - Utusan Malaysia

63,132 wanita berdaftar dengan i-Suri – Dr. Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sehingga 31 Disember 2018, seramai 63,132 wanita telah berdaftar dengan i-Suri.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, seramai 25,674 wanita dalam kalangan suri rumah telah berdaftar dengan caruman sukarela insentif persaraan (i-Saraan), bagi mereka yang tidak layak memohon i-suri.

“Pelancaran i-Suri pada 8 Ogos 2018, adalah untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial asas kepada golongan suri rumah yang memikul tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak,” katanya di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika berucap pada Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Johor di Angsana Mall di sini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan, Liow Cai Tung.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Dr. Wan Azizah berkata, masalah sosial seperti isu keganasan terhadap wanita, penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga dan kehamilan remaja kian meningkat.

“Talian Kasih 15,999 yang beroperasi selama 24 jam setiap hari telah menerima 651 permohonan bantuan membabitkan penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga pada tahun 2018,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×