KUALA LUMPUR – Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) mendedahkan kira-kira 60 peratus pemandu negara ini didapati gagal menukar minyak enjin apabila sampai masa berbuat demikian. Pengurus Bosch AA, Pang Yoon Kong berkata, 99 peratus pemandu menyedari mengenai kepentingan minyak enjin, namun tidak semua menukar bendalir tersebut meskipun sudah melebihi jangka hayatnya. Katanya, minyak enjin adalah komponen penting dalam memastikan enjin dapat berfungsi dengan baik untuk melincinkan pergerakan dan secara tidak langsung mengurangkan geseran seperti haba dan kehausan. “Ia juga bertindak sebagai ejen yang melindungi enjin daripada kakisan dan karat,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya