60 calon STAM Johor peroleh keputusan Mumtaz - Utusan Malaysia

60 calon STAM Johor peroleh keputusan Mumtaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Jan. – Seramai 60 calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di negeri ini memperoleh peringkat Mumtaz iaitu 7.84 peratus daripada jumlah keseluruhan calon seramai 892.

AMINOLHUDA HASSAN
AMINOLHUDA HASSAN 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, terdapat peningkatan bagi perbandingan keseluruhan antara tahun 2018 dan tahun sebelumnya. 

Katanya, calon yang mendapat Mumtaz meningkat sebanyak 1.02 peratus iaitu seramai 19 calon berbanding 12 tahun sebelumnya. 

“Sementara yang mendapat Jayid Jiddan pula meningkat 2.07 peratus kepada 57 calon berbanding 38 pada tahun sebelumnya. 

“Secara keseluruhannya keputusan STAM 2018 ini menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian tahun 2017,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di Madrasah Alattas Alarabiah di Ulu Tiram, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×