6 motosikal hangus angkara khianat - Utusan Malaysia

6 motosikal hangus angkara khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 15 Jan. – Sebanyak enam buah motosikal hangus dalam kebakaran di tempat letak kenderaan Blok 9, Lintang Macallum 2, di sini awal pagi tadi dipercayai kerana perbuatan khianat.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika penghuni di flat berkenaan sedang nyenyak tidur.

Kata beliau, seorang saksi bagaimanapun terjaga selepas terdengar letupan dari lokasi kejadian sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa.

“Motosikal yang hangus sepenuhnya itu terdiri daripada lima buah jenis kapcai dan satu motosikal KTM.

“Siasatan kini sedang dijalankan termasuk menentukan punca kebakaran dan mengenal pasti pemilik kesemua motosikal ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Che Zaimani, siasatan di lokasi kejadian mendapati kawasan itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) selain tiada saksi yang berada di lokasi ketika kejadian.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut tampil di mana-mana balai polis berhampiran dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×