6 ditahan dalam Op Dadu - Utusan Malaysia

6 ditahan dalam Op Dadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Sebanyak enam individu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Anti Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Selangor dalam Op Dadu di sebuah premis di Taman Kinrara, Puchong, dekat sini semalam.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dalam operasi bermula pukul 10 malam itu, pihaknya telah menahan tiga lelaki yang sedang leka bermain judi menggunakan tablet di premis tersebut.

“Selain tiga pemain, kita turut menahan dua wanita warga Indonesia yang bekerja di pusat judi itu serta seorang lelaki yang bertindak sebagai penjaga premis.

“Kita juga merampas sebanyak 13 tablet pelbagai jenama, wang tunai RM300 dan masing-masing sebuah telefon bimbit serta modem,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Khaizam, kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa balik ke balai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN