580,000 murid mulakan sesi persekolahan di Johor hari ini - Utusan Malaysia

580,000 murid mulakan sesi persekolahan di Johor hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 1 Jan. – Seramai 580,000 murid dan 50,000 guru di 1,187 sekolah di negeri ini memulakan sesi persekolahan hari ini.

AMINOLHUDA HASSAN
AMINOLHUDA HASSAN 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, daripada jumlah itu, seramai 55,218 orang merupakan murid tahun satu manakala 21,500 orang kanak-kanak pula dijangka mula memasuki prasekolah di 685 buah sekolah rendah di negeri ini.

“Pada tahun ini Jabatan Pendidikan Negeri Johor menguruskan operasi di 907 sekolah rendah, 280 sekolah menengah dan 11 Pejabat Pendidikan Daerah.

“Tidak ada sekolah baharu yang memulakan operasinya pada hari ini, walau bagaimanapun, dijangka sebanyak enam sekolah akan dibuka sepanjang tahun ini iaitu lima sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Aminolhuda berkata, bagi tujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung ibu bapa atau penjaga, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan pelaksanaannya tahun ini.

Menurutnya, bantuan berjumlah RM100 seorang akan diteruskan kepada murid tahun satu hingga tingkatan lima yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN