40 Maut, lebih 850 ditahan dalam tunjuk perasaan di Venezuela - Utusan Malaysia

40 Maut, lebih 850 ditahan dalam tunjuk perasaan di Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 29 Jan. – Sekurang-kurangnya 40 maut termasuk 26 orang ditembak mati dalam tunjuk perasaan menentang pentadbiran Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.

Jumlah itu termasuk lima yang terbunuh dalam serbuan di rumah dan 11 semasa rompakan.

Jurucakap Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colville berkata, lebih 850 orang ditahan termasuk 77 kanak-kanak yang berusia sehingga 12 tahun

antara 21 Januari dan 26 Januari lalu.

Tambahnya, pada 23 Januari lalu, seramai 23, 696 orang ditahan di seluruh negara dan sekali gus menjadikannya sebagai jumlah tertinggi di Venezuela dalam tempoh 20 tahun.

-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×