LOS ANGELES 15 Jan. – Lebih 30,000 guru yang mendesak kenaikan gaji dan jumlah pelajar yang lebih kecil di dalam kelas melancarkan mogok dan berarak menuju ke pusat bandar selepas rundingan berhubung kontrak baharu menemui jalan buntu.
Kira-kira 640,000 pelajar yang tiba di 900 sekolah di bawah agensi Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles (LAUSD), turut disambut oleh guru yang sedang berpiket sambil memegang papan tanda bantahan dan ia adalah yang pertama berlaku dalam tempoh tiga dekad. – REUTERS










