3 ditahan kes tanam janin dalam sawah - Utusan Malaysia

3 ditahan kes tanam janin dalam sawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 14 Jan. – Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes penemuan janin bayi di kawasan sawah di Batang Tiga, Bukit Ramai di sini semalam.

Ketiga-tiga suspek ditahan pada hari yang sama selepas saksi di tempat kejadian mengecam salah satu nombor pendaftaran motosikal digunakan mereka. 


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, saksi tersebut telah terserempak dengan suspek ketika beredar dari tempat kejadian sebelum dia menemukan kesan tanah yang digali. 


“Curiga dengan keadaan itu, suspek kemudian segera menggali semula tanah tersebut dan menemukan janin dibungkus menggunakan kain putih sedalam satu meter. 


“Hasil maklumat tersebut, polis telah membuat tangkapan dan soal siasat mendapati janin tersebut dipercayai milik teman wanita salah seorang suspek yang berusia 20 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Ketiga-tiga lelaki itu yang berusia 19, 23 dan 24 tahun hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh untuk mendapatkan perintah tahanan reman.


Majistret Syarina Shaarani membenarkan ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.


Menurut Afzanizar, wanita terbabit kini dirawat di Hospital Melaka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×