207 barang makanan rosak, luput dirampas - Utusan Malaysia

207 barang makanan rosak, luput dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 31 Jan. – Jabatan Kesihatan negeri menyita 207 produk makanan termasuk makanan bayi bernilai RM4,678.79 yang didapati dijual dalam keadaan rosak, tin kemik dan sudah tamat tarikh luput.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, tindakan tersebut diambil menerusi Operasi Keselamatan Makanan (Ops Zhu) peringkat negeri sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Katanya, dalam operasi bermula 18 Januari lalu sehingga hari ini, sebanyak 12 premis termasuk pasar raya dan kedai runcit diperiksa dengan membabitkan 876 produk makanan.

“Daripada jumlah itu, 81 produk seperti hasil tenusu, makanan bayi dan kekacang didapati telah tamat tarikh luput. Dua Notis Seksyen 32B iaitu notis memerintahkan kehadiran ke mahkamah telah dikeluarkan kepada peniaga kerana kesalahan tersebut.

“Selain itu, 126 bungkusan produk makanan lagi dikesan rosak, kemek dan alamat pengimport tidak dinyatakan pada label. Kesemua 207 produk yang membabitkan nilai rampasan sebanyak RM4,678.79 ini telah pun disita ,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Ops Zhu di sebuah pasar raya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×