Ketua Wanita UMNO Bahagian Jempol, Faizah Othman berkata, program riadah itu turut diisi dengan aktiviti senam robik, berjalan kaki dan mendaki bukit di kawasan tersebut.
“Aktiviti dimulakan dengan senaman seawal pukul 6.30 pagi di Taman Dillenia, Kampung Bukit Kelulut.
“Para peserta turut diberi penerangan tentang sejarah bukit berkenaan selain dapat menikmati keindahan flora dan fauna serta menyaksikan awan karpet,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir.
Faizah berkata, aktiviti itu bertujuan menerapkan gaya hidup sihat, cergas serta berfikiran positif dalam kalangan wanita di samping mengeratkan hubungan sesama peserta.
“Hari ini kita bukan saja melibatkan golongan wanita, tetapi ada juga yang hadir bersama ahli keluarga. Peserta paling muda berusia tujuh tahun dan yang paling veteran berusia 66 tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE










