ACCRA 24 Jan. – Kira-kira 16 orang maut dalam kemalangan di kawasan melombong emas berhampiran tapak yang dikendalikan Shanxi Mining Company Limited di Talensi, semalam.
Susulan kemalangan pada awal pagi itu, pihak berkuasa tempatan hari ini melancarkan siasatan.
“Jumlah kematian adalah 16 orang dan pengurus firma tempatan juga turut ditahan bagi membantu siasatan,” kata ketua kerajaan tempatan, Christopher Boatbil.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu, jurucakap Shanxi Mining, Maxwell Wooma berkata, kesemua mangsa adalah pelombong haram dan tiada kakitanganya yang terlibat.
Ghana ialah pengeluar emas kedua terbesar di Afrika dan terbabit dalam mengeksport bahan itu bersama mineral lain serta minyak yang juga sumber utama ekonomi negara. -AFP











