PUTRAJAYA 17 Jan.- Sebanyak 1,583 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan dibina di seluruh negara pada tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM200 juta. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, sistem industri bangunan (IBS) akan digunakan untuk membangunkan projek itu kerana kaedah itu dapat mengurangkan kos pembinaan di samping menitikberatkan soal kualiti tanpa mengurangkan saiz kediaman. Katanya lagi, lebih 10,000 rumah PPRT juga dibaik pulih dengan…










