1,583 rumah PPRT akan dibina pada tahun ini - Utusan Malaysia

1,583 rumah PPRT akan dibina pada tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,583 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan dibina di seluruh negara pada tahun ini dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM200 juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, sistem industri bangunan (IBS) akan digunakan untuk membangunkan projek berkenaan berikutan kaedah itu dapat mengurangkan kos pembinaan selain dapat menitikberatkan aspek kualiti dan tanpa mengurang saiz kediaman.

Jelasnya, lebih 10,000 rumah PPRT juga akan dibaik pulih dan dengan melibatkan kerjasama pelajar Pusat Latihan Giat Mara pada tahun ini.

“Langkah-langkah daripada kerajaan ini bagi memastikan penerima memperoleh manfaat meskipun peruntukan bagi PPRT menurun bagi tahun ini berbanding 2018.

“Kita mahu pendekatan kreatif dan inovatif agar warga luar bandar dapat terus merasai limpahan manfaat dengan pemantauan rapi terhadap setiap projek-projek pembangunan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×