DUBAI 14 Jan. – Sebanyak 15 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat kargo berdekatan bandar Karaj, Iran sudah dijumpai. “Kami sudah menjumpai 15 mayat dari bangkai pesawat tersebut. Usaha pencarian diteruskan,” kata ketua jabatan kecemasan Iran, Pirhossein Kolivand. Pesawat kargo Boeing 707 yang membawa sembilan penumpang terhempas berdekatan Lapangan Terbang Fath, barat Tehran hari ini. – REUTERS










