13 wanita warga asing ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran - Utusan Malaysia

13 wanita warga asing ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menahan 13 wanita warga Indonesia dan India di dua rumah di sini tengah hari semalam kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Pengarah JIM negeri, Mohammed Khalil Ali berkata, pihaknya turut menahan seorang wanita warga tempatan serta seorang lagi warga Indonesia yang dipercayai menjadi ‘ibu ayam’ dan merampas wang tunai RM1,500 serta sejumlah kondom.

“Bayaran yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan seks adalah sekitar RM50 ke RM100 untuk setiap pelanggan yang kebanyakkannya terdiri daripada kalangan warga asing yang mendiami kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, semua warga asing yang ditangkap ditahan di Depot Imigresen Lenggeng bagi siasatan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963, Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Passport 1966, dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Wanita warga tempatan yang menjadi ‘ibu ayam’ pula ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN