PUTRAJAYA 24 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan 13 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina 2019 yang berkuatkuasa bermula 30 Januari hingga 8 Febuari ini. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi pelaksanaan skim tahun ini, kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering, hasil laut dan daging babi. Skim tersebut katanya,…










