PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan 13 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tempoh kuat kuasa SKHMP dijalankan selama 10 hari bermula 30 Januari hingga 8 Februari depan iaitu enam hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan. Jelasnya, barangan yang disenaraikan dalam skim tersebut…










