12 kru panik kapal tangki tenggelam - Utusan Malaysia

12 kru panik kapal tangki tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – 12 kru kapal tangki Motor Tanker Sea Frontier berdepan detik cemas apabila kapal dinaiki mereka karam di timur perairan Tanjung Penyusop di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 malam itu, kesemua kru termasuk seorang warga tempatan berusia 23 hingga 55 tahun bagaimanapun diselamatkan kapal MT Formula One yang berada di lokasi kejadian iaitu kira-kira dua batu nautika timur Tanjung Penyusop.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, ketika kejadian, kapal tangki yang berdaftar di Saint Kitts and Nevis di Kepulauan Caribbean itu berhenti untuk bersauh.

Menurutnya, ketika dalam proses untuk bersauh kapal itu terkandas dan dipercayai melanggar batu di perairan itu sebelum mengalami kebocoran sehingga dimasuki air dan hampir tenggelam kira-kira 75 peratus.

“Ketika kejadian, kapal terbabit membawa 11 kru warga Indonesia dan Myanmar, manakala seorang lagi penumpang teknikal warga tempatan yang datang untuk membantu menjalankan pemantauan ujian jentera kapal terbabit.

“Bertindak atas maklumat, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru segera menghantar bantuan ke lokasi kejadian, selain turut mendapat kerjasama Jabatan Laut dan Jabatan Alam Sekitar berikutan kapal berkenaan membawa minyak Marine Gas Oil,” katanya pada sidang media di Pangkalan Maritim Pengerang Tanjung Pengelih hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×