1,000 penduduk lega, Perhilitan bertindak buru babi - Utusan Malaysia

1,000 penduduk lega, Perhilitan bertindak buru babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 22 Jan. – Lebih 1,000 orang penduduk di enam buah kampung di sini, yang sering diganggu dengan kehadiran babi hutan setiap hari, menarik nafas lega apabila masalah mereka itu diberi perhatian oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah Kuala Muda yang bertindak memburu haiwan itu, hari ini.

Kesemua mereka yang diganggu haiwan itu adalah dari Kampung Bukit, Baru, Masjid, Charuk Kelubi, Taman Permata dan Taman Semarak.


Penduduk Taman Semarak, Nizam Zakaria, 52, berkata, kebiasaannya haiwan berkenaan akan memasuki kawasan rumah penduduk dan menganggu mereka di waktu pagi.


Katanya, perkara itu menyebabkan penduduk khususnya wanita dan kanak-kanak dalam ketakutan.


“Kita bimbang babi-babi ini mencederakan penduduk jika tidak diambil tindakan,” katanya di sini.


Rodzi Saidin, 59, dari Kampung Bukit pula berkata, berdasarkan maklumat, babi itu banyak membiak di kawasan hutan Temusu, berdekatan kampung berkenaan.


“Oleh itu, saya harap Perhilitan dapat membuat tinjauan di kawasan hutan ini bagi menghalang haiwan tersebut menganggu lagi penduduk untuk mencari makanan,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN