100 banduan Palestin cedera - Utusan Malaysia

100 banduan Palestin cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH 22 Jan. – Sekurang-kurangnya 100 banduan Palestin cedera dalam pertempuran dengan pengawal di Penjara Ofer, Tebing Barat semalam.

Menurut Persatuan Kelab Penjara Palestin dalam satu kenyataan dikeluarkan, banduan mengalami kecederaan selepas diserang bertubi-tubi oleh pengawal penjara.

Tambah kenyataan itu, pengawal penjara menggunakan peluru besi bersalut getah, gas pemedih mata, kayu dan anjing.

“Kebanyakan daripada banduan dimasukkan ke hospital,” ujar kenyataan tersebut.

Persatuan itu memberi amaran bahawa tindakan agresif terhadap banduan adalah keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN