10 terkorban dalam insiden bot terbalik di India - Utusan Malaysia

10 terkorban dalam insiden bot terbalik di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 3 Jan.- Seramai 10 orang terkorban manakala 45 yang lain berjaya diselamatkan dalam insiden bot terbalik di sungai Mahanadi sekitar timur India, di sini.

Daripada kesemua yang terkorban, lapan daripadanya adalah kanak-kanak.

Bot nelayan mekanikal yang ketika itu berlabuh di sebuah pulau di sungai tersebut dilaporkan terbalik kerana hilang keseimbangan apabila kesemua penumpang berpusu-pusu turun dari secara serentak.

Majistret Daerah Kendrapara, Dasarathi Satpathy mengesahkan enam mayat telah ditemui setakat ini.

“Sementara itu mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun masih belum ditemukan,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN