10 terbunuh dalam insiden berbalas tembakan di Mexico - Utusan Malaysia

10 terbunuh dalam insiden berbalas tembakan di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO 27 Jan.- Seramai 10 orang terbunuh manakala dua yang lain cedera parah dalam insiden berbalas tembakan antara dua kumpulan bersenjata di daerah barat daya Guerrero. Pihak Berkuasa Keselamatan dalam kenyataan berkata Insiden itu berlaku sekitar pukul 3 petang waktu tempatan dekat pekan Chilapa yang terletak di ibu daerah Chilpancingo. Kesemua mayat ditemukan dalam dua buah kenderaan yang rosak akibat terkena tembakan. Pada masa yang sama, beberapa pucuk senapang turut ditemukan. Dua kumpulan tersebut menggelar diri mereka sebagai polis komuniti. Punca pergaduhan masih belum dapat disahkan.- REUTERS

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN