MOSCOW 22 Jan. – Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dalam insiden kebakaran membabitkan dua kapal kargo Tanzania di Laut Hitam berdekatan Selat Kerch.
Lapor BBC, setakat ini, 14 orang dilaporkan berjaya diselamatkan.
Menurut jurucakap agensi maritim Rusia, Alexei Kravchenko, kebakaran berlaku apabila sebuah kapal memindahkan minyak ke kapal lain.
Kebakaran itu turut menyebabkan beberapa krew kapal terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.










