KUALA LUMPUR 28 Dis. – Kem terjun negara kini dilihat sedikit terganggu dalam melakukan persiapan bagi merebut tiket ke saingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020. Diletakkan antara sukan yang menjadi sandaran pemburuan pingat emas pertama Olimpik, selain basikal dan badminton, keputusan mengejut ketua jurulatih, Zhang Yukun meninggalkan skuad berkenaan minggu lalu pasti memberi tamparan besar kepada Malaysia. Situasi itu juga menimbulkan persoalan adakah Malaysia masih di landasan tepat menghadapi musim…










