KUCHING 12 Dis. – Kerajaan Negeri Sarawak, menerusi Yayasan Sarawak akan membelanjakan RM100 juta dalam bentuk biasiswa untuk 200 penuntut tahun pertama bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam masa 10 tahun akan datang. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif untuk memberikankan biasiswa kepada warga Sarawak yang layak untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Unimas adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk mengubah ekonomi…










