KUALA LUMPUR 22 Dis. – Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Yamaha) memperkenalkan dua warna baharu bagi model X-Max. Dalam satu kenyataannya, Yamaha menjelaskan, warna-warna tersebut ialah Matt Blue (biru) dan Matt Red (merah). Menurutnya, ia sudah berada dalam pasaran sejak pertengahan bulan ini. Pengenalan warna baharu tersebut tidak melibatkan harga yang mana X-Max kekal pada RM21,225 (tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans).- UTUSAN ONLINE










