KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Dr. Yaakob Sapari dan pembantu ahli Parlimen Puchong, Suresh Singh Rashpal Singh mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara hari ini. Kedua-duanya mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran. Ketika ditemui pemberita, Yaakob yang juga bekas exco kerajaan negeri Selangor berkata, pastinya isu berkaitan negeri itu akan menarik perhatiannya selain membangkitkan isu-isu lain…










