KUALA LUMPUR 27 Dis. – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengingatkan orang awam supaya tidak terpedaya dengan dengan tawaran pinjaman peribadi daripada individu yang mendakwa mereka adalah ejen koperasi. Suruhanjaya itu dalam kenyataan malam ini berkata semua koperasi yang berdaftar dengan SKM tidak menggunakan perkhidmatan ejen untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada orang awam dan perkhidmatan pinjaman oleh koperasi hanya disediakan untuk anggota koperasi sahaja. “Sekiranya anda didatangi oleh seseorang yang…










