KOTA KINABALU 13 Dis. – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata partinya sentiasa terbuka untuk menerima kemasukan wakil rakyat dari bebas, namun ia perlu dilakukan tanpa sebarang syarat. Beliau, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata parti Warisan yang kini menerajui kerajaan baharu negeri Sabah sentiasa terbuka demi penyatuan rakyat dan membangunkan negeri ini. “Setakat ini memang ada wakil rakyat bebas telah menyatakan keinginan untuk menyertai…