Warga emas terselamat daripada rentung - Utusan Malaysia

Warga emas terselamat daripada rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 22 Dis. – Seorang wanita warga emas terselamat daripada rentung apabila tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada rumahnya yang terbakar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.38 pagi di Jalan Damar 9, Kampung Pendamar Fasa II, Pelabuhan Klang itu, mangsa, 70-an, berada di bilik belakang ketika kebakaran berlaku.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang memaklumkan, sebaik menerima panggilan sepasukan 15 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan diserahkan kepada pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk tindakan selanjutnya.

“Api seterusnya berjaya dipadam dan rumah mangsa terbakar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN