PARIT BUNTAR – Seorang wanita warga Myanmar maut selepas dia terjatuh dari motosikal yang ditunggang bersama suami di Kampung Telok Pial, Kuala Kurau di sini malam semalam. Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa, Satarah Aziz Rahman, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang membonceng motosikal jenis Yamaha Lagenda bersama…