Wanita warga emas tahan sakit lebih 12 jam jari tersangkut cincin emas - Utusan Malaysia

Wanita warga emas tahan sakit lebih 12 jam jari tersangkut cincin emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT – Seorang wanita warga emas terpaksa menahan kesakitan lebih 12 jam apabila jari manis tangan kanannya membengkak selepas cincin emas yang dipakainya tidak dapat dikeluarkan dalam kejadian di sebuah rumah inap di sini pagi tadi. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohamad Fazli Mahalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.43 pagi sebelum sepasukan enam anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Tiba di lokasi, anggota mendapati cincin tersebut masih tidak dapat dikeluarkan walaupun pelbagai usaha daripada mangsa dilakukan. 

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin berkenaan sehingga cincin tersebut dapat dikeluarkan sepenuhnya,” katanya. 

Tambah Mohamad Fazli, anggota berjaya mengeluarkan cincin tersebut tanpa melibatkan kecederaan kepada mangsa. 

“Anggota menasihatkan mangsa agar mendapatkan rawatan lanjut di hospital. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.32 pagi,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN