Wanita kerat zakar lelaki miang - Utusan Malaysia

Wanita kerat zakar lelaki miang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI – Seorang wanita ditahan selepas dia mengerat zakar seorang lelaki berumur 27 tahun yang gemar mengejek dan melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

Suspek berumur 47 tahun yang tidak didedahkan namanya berbuat demikian kerana mahu memberi pengajaran kepada mangsa yang merupakan jirannya, menurut polis.

Sebelum ini, ibu kepada dua anak itu pernah memberi amaran kepada lelaki tersebut agar menghentikan perbuatan tidak bermoral itu, namun mangsa tidak mempedulikannya.

Menurut laporan, suspek bersama dua rakan lelaki mempelawa mangsa ke satu lokasi terpencil berhampiran landasan kereta api di Dombivali dekat sini.

Mereka menangkap dan mengikat lelaki itu pada sebatang pokok sebelum memukulnya. Suspek kemudiannya mengerat zakar lelaki itu.

Selepas itu, mereka membawa mangsa ke sebuah hospital untuk menyelamatkan nyawanya. Wanita itu kini dalam tahanan polis dan akan dihadapkan ke mahkamah bersama dua rakan lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×