ADA banyak sebab kenapa orang kita suka ke Thailand. Satu daripadanya adalah untuk menikmati keenakan rasa masakan Thai yang sebenar. Tom yam, khengsom (asam pedas), kerabu kaki ayam, kerabu maggi, pulut mangga, kuih-muih dan rojak adalah sebahagian daripadanya. Penulis baru-baru ini ke Satun, wilayah di selatan Thailand mengikuti pakej melancong anjuran syarikat Fairy Holiday Sdn. Bhd. Mengambil kira kos pengangkutan (bas dari Kuala Lumpur), penginapan dan segala makan-minum sudah termasuk…










