KANGAR 8 Dis. – Bagi penyokong Pas dan UMNO di negeri ini, isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) telah memberi hikmah buat mereka. Video oleh FARIZ RUSADIO Ini apabila mereka sanggup mengenepikan segala bentuk persengketaan seterusnya bersatu hati dan bangkit bersama untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Malah bagi penyokong kedua-dua parti itu, mereka sama sekali tidak pernah bermimpi akan berada di dalam satu bas yang sama…










