KUALA LUMPUR 19 Dis. – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau telah berkahwin susulan tular video bapanya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menikahkan satu pasangan dalam satu majlis perkahwinan baru-baru ini. Sebaliknya, Nurul Izzah memberitahu yang dinikahkan itu ialah adiknya, Nurul Ilham Anwar. “Nurul Ilham Anwar. Dinda saya,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi Whatsapp hari ini. Majlis perkahwinan Nurul Ilham itu dikatakan berlangsung pada 15 Disember lalu. Perkembangan itu meredakan khabar angin kononnya Nurul Izzah bakal menamatkan zaman solo dan peletakan jawatannya sebagai Naib…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya