PULAU PINANG 21 Dis. – Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini mengarahkan undi bagi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dikira semula pada 2 Januari ini. Keputusan itu dibuat Hakim Hashim Hamzah yang turut menetapkan 14 Januari ini sebagai pengurusan kes petisyen yang dikemukakan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi kerusi tersebut, Datuk Marzuki Yahya. Marzuki yang juga Setiausaha Agung Bersatu mengemukakan petisyen mencabar keputusan PRU-14…










