KUALA LUMPUR 11 Dis. – Walau apa pun yang berlaku, UMNO di Sabah akan terus diperkukuh malah dikekalkan termasuklah memberikan kuasa autonomi parti di negeri itu. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, proses ini sedang dilakukan bagi memperkuat serta membolehkan UMNO Sabah diberikan lebih besar peranan dan tanggungjawab. “Oleh itu, tidak timbul isu UMNO di Sabah akan dibubarkan. Walaupun terdapat pimpinan di Sabah bertindak keluar daripada UMNO.…